Wednesday, June 2, 2010

SENTUHAN KECIL NAJIB KE ARAH KEMANTAPAN BARISAN NASIONAL.

Tidak berlaku perubahan besar yang dijangkakan oleh orang ramai yang menyentuh kedudukan menteri- menteri UMNO yang menunjukkan Najib mempunyai keyakinan kepada keupayaan mereka untuk meneruskan tanggungjawab bagi membantu memperteguh parti dan juga kepimpinannya. Dengan demikian beliau tidak menampakkan telah membuat kesilapan dalam pelantikan kabinet sebelum ini atau telah melakukannya dengan sewenang-wenang memberikan gambaran bahawa beliau bukanlah seorang yang mudah untuk mengubah pendirian setelah membuat sesuatu keputusan sebaliknya lebih mengutamakan kemantapan kabinet dan kestabilan pemerintahnya.

KOPITIAM TALK
2 Jun 2010

Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah membuat sentuhan halus dan bijak dalam rombakan kecil kabinetnya dengan melantik anak Presiden MCA Chua Tee Yong ( Ahli Parlimen Labis) menjadi Timbalan Menteri dan tidak membawa masuk bapanya Dr. Chua Soi Lek yang mempunyai masalah moral sekalipun telah terpilih menerusi proses demokrasi untuk mengetuai MCA.

Cuma pelantikan Timbalan Presiden MIC, G.Palanivel yang menimbulkan persoalan sekalipun wajar dari segi demokrasi parti tetapi tidak dari segi populariti di dalam dan sentimen di luar parti kerana beliau membawa imej Samy Vellu yang kepimpinannya tidak lagi dikehendaki oleh orang India.

Pelantikan Palanivel juga dilihat sebagai Najib menunaikan janjinya kepada Samy Vellu untuk memberikan jawatan menteri sebagai ganti kerana menolak Palanivel bertanding di kawasan Hulu Selangor.

Tidak berlaku perubahan besar yang dijangkakan oleh orang ramai yang menyentuh kedudukan menteri- menteri UMNO yang menunjukkan Najib mempunyai keyakinan kepada keupayaan mereka untuk meneruskan tanggungjawab bagi membantu memperteguh parti dan juga kepimpinannya.

Dengan demikian beliau tidak menampakkan telah membuat kesilapan dalam pelantikan kabinet sebelum ini atau telah melakukannya dengan sewenang-wenang memberikan gambaran bahawa beliau bukanlah seorang yang mudah untuk mengubah pendirian setelah membuat sesuatu keputusan sebaliknya lebih mengutamakan kemantapan kabinet dan kestabilan pemerintahnya.

Pada keseluruhannya beliau telah menaikkan pangkat orang MCA dari mereka yang telah membuktikan kesetiaan kepada parti , berpengalaman, berkeupayaan dan berintegriti dan disegani di kalangan parti.

Pengguguran Menteri Pengangkutan Ong Tee Keat tidak begitu menyentuh perasaan penyokong penyokongnya kerana musuhnya Chua Soi Lek tidak dilantik menjadi Menteri sekalipun telah dipilih menjadi Presiden MCA . Najib telah mengambil kira perasaan dalam MCA dan beliau telah membuat sesuatu yang boleh membantu merapatkan semula puak yang berselisih dalam parti yang diharapkan akan memulihkan MCA. Semoga ahli-ahli MCA dapat menghayati niat baik Najib.

Dalam penyusunan semula kabinet ini ternyata Naib hanya membuat apa yang perlu dibuat atau terpaksa dilakukan untuk menyumbang kepada persefahaman yang lebih mendalam antara parti-parti komponen BN dan sekali gus menambahkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinannya.


MUSHYI ABDULLAH

(www.malaysiaaktif.com)

Monday, April 5, 2010

Kalau mahu buang Samy Vellu menangkan G Palanivel.

Penamaan calon bukan Melayu atau Melayu tidaklah seharusnya menjadi isu perkauman oleh pihak mana pun sebaliknya memilih seorang yang telah terbukti dapat memberikan khidmat dengan baik dan senantiasa prihatin terhadap rakyat sewajarnya menjadi kriteria pemilihan kepada pengundi.

www.malaysiaaktif.com

KOPITIAM TALK
5 April 2010


Kemenangan seorang calon BN bukan Melayu di pilihan raya kecil Hulu Selangor kelak bukanlah bererti kekalahan kepada orang Melayu tetapi akan membangunkan keyakinan di seluruh negara bahawa rakyat mulai kembali kepada BN untuk meneruskan agenda Melayu di samping mengamalkan Model Ekonomi Baru yang akan lebih adil kepada semua.

Sekalipun PKR meletakan seorang calon Melayu, tetapi kemenangannya kelak akan lebih membimbangkan orang Melayu yang telah dibuktikan oleh tindak tanduk kepimpinannya Anwar Ibrahim yang lebih mengutamakan matlamat untuk mendapatkan kuasa dari menjaga maruah bangsa.

Anwar telah memberikan semangat baru kepada perjuangan Malaysian Malaysia yang dijuarai oleh DAP. Kemenangan setiap calon Melayu PKR adalah memberikan rangsangan baru kepada DAP

UMNO mesti membuktikan kepada bukan Melayu bahawa betapa pun tekanan yang cuba didatangkan ke atas mereka oleh bukan Melayu tetapi UMNO tidak mudah melatah dan melupakan janji untuk bersama dalam konsep berbilang kaum BN.

Maka itu meletakkan seorang bukan Melayu untuk bertanding di kawasan tersebut sewajarnya di pandang dengan positif oleh seluruh orang Melayu di kawasan Hulu Selangor termasuk mereka yang selama ini menyokong parti pembangkang yang telah melihat betapa maruah Melayu diinjak-injak di bawah PKR.

Penamaan calon bukan Melayu atau Melayu tidaklah seharusnya menjadi isu perkauman oleh pihak mana pun sebaliknya memilih seorang yang telah terbukti dapat memberikan khidmat dengan baik dan senantiasa prihatin terhadap rakyat sewajarnya menjadi kriteria pemilihan kepada pengundi.

Jika sekiranya Datuk G.G Palanivel yang telah mewakili kawasan itu selamat empat penggal dicalonkan semula untuk bertanding maka itu pastinya suatu pilihan yang tepat, pastinya seorang yang telah meninggalkan jasa yang besar kepada rakyat. Jika tidak masakan beliau telah empat kali memenangi hati rakyat di kawasan itu.

Selain dari itu jika sekiranya orang ramai terutama kaum India mahukan Samy Vellu berundur maka para pengundi Hulu Selangor hendaklah sepakat, seia sekata memilih Datuk G Palanivel kerana dengan itu beliau berada pada kedudukan yang kuat untuk mengambilalih dengan segera jawatan Presiden dari Samy Vellu.

Samy Vellu tidak ada alasan lagi untuk tidak menyerahkan jawatan itu lebih awal kepada Datuk G Palanivel.

MUSHI ABDULLAH

Wednesday, January 20, 2010

Jangan salah anggap kenyataan Rais

Minda tertarik dengan artikel yang disiar portal Malaysiakini.com mengenai kritikan terhadap Kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan , Datuk Rais, mengenai facebook dan Twitter . Pada pandangan saya kenyataan beliau berasas pada kenyataan yang berunsur negatif dan mengancam keselamatan serta kestabilan negara .

Oleh itu saranan minda jangan la kita buruk sangka ,teliti dahulu sebelum kita melatah..lainlah jika kita menpunyai motif atau agenda tertentu....renung-renungkan la


Guna Kemudahan Facebook Dengan Bertanggungjawab, Kata Rais

SEREMBAN, -- Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata rakyat Malaysia perlu membentengkan diri dengan sikap tanggungjawab dan pegangan agama sebelum menerima bulat-bulat pemakaian budaya internet seperti Facebook dan Twitter.

Beliau berkata ini kerana seseorang itu perlu bertanggungjawab terhadap apa juga komen atau ulasan yang dimuatkan dalam laman sosial Facebook atau Twitter termasuk dikenakan tindakan undang-undang.

"Apabila memakai dan menggunakan alat-alat ini (Facebook dan Twitter), sifat keMalaysiaan, sifat keIslaman, sifat buddhisme, sifat kristian yang ada pada seseorang itu perlu dijadikan benteng," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesedaran 1Malaysia di sini pada hari Sabtu.

Katanya selain itu mereka juga perlu berhati-hati dan menimbangkan kebenaran dan ketepatan maklumat yang dipaparkan dalam internet yang tidak semuanya benar.

"Kita (masyarakat) menerima ini semua (internet) dalam satu keadaan kejutan budaya," katanya sambil mengkritik sesetengah rakyat Malaysia yang suka mencemuh golongan yang tidak mahu mengikuti budaya baru itu.

"Kita jangan lekas sangat `condemn' atau memandang rendah pada mereka yang tidak menggunakan Facebook. Suratkhabar akan tetap relevan, Facebook pun begitu tetapi jangan terima semua isian ini seolah-olah yang lama ini tidak pakai lagi," katanya.

Beliau memuji tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atas kejayaan mengesan salah laku seorang pelajar dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) yang mendakwa bertanggungjawab membakar sebuah gereja berhubung isu kalimah Allah, di laman sosial Facebook, baru-baru ini.

"Tahniah kepada SKMM yang meneliti salah laku rakyat kita dalam pemakaian Facebook, Twitter dan SMS. Jadi, saya suka menerangkan sebagai seorang bekas peneliti perundangan negara, pemakaian (menggunakan internet) bukan bermakna kita (boleh) melepaskan diri dari tanggungjawab."

Mengenai gagasan 1Malaysia, beliau berkata lebih banyak program akan disusun untuk menerapkan kefahaman 1Malaysia di kalangan rakyat terutama kepada masyarakat kampung dan pelajar.

-- BERNAMA

Friday, December 18, 2009

Jauhi Utusan Malaysia akhbar Penjahat!

Usaha DAP dan juga PKR untuk mengelirukan pandangan masyarakat terhadap pendirian Utusan Malaysia yang mempertahankan hak yang termaktub dalam perlembagaan telah diputarbelitkan sebagai rasis oleh DAP malah penjenayah yang ditahan oleh polis pun dijadikan isu perkauman. Oleh kerana Utusan tidak menjadi “pak turut” dalam aliran yang di kehendaki oleh DAP maka wartrawan wartawan Utusan Malaysia dan akhbarnya telah di sekat, di pulau, dihalau dan dihina di majlis DAP. DAP adalah parti Cina maka apabila di halau wartawan akhbar Melayu,tidakkah ini bersifat rasis. Kenapa tidak dihalau wartawan dari akhbar Cina? Apakah kerana menyuarakan kepentingan sebangsa?.

Jauhi Utusan Malaysia akhbar Penjaha
t!

KOPITIAM TALK
18 DISEMBER 2009

(www.malaysiaaktif.com)

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa sikap perkauman akhbar Utusan Malaysia telah berjaya mempengaruhi media massa lain sehingga sesetengah blog kini turut menyebarkan berita dan artikel berunsur fitnah terhadap DAP.

Ini sebenarnya suatu pengakuan tentang kekuatan akhbar ini dan kegagalan usaha DAP sebuah parti perkauman Cina untuk hilangkan kredibiliti akhbar itu sebagai tidak adil,tidak bersifat nasional, bohong dan sebagainya.

Ia menunjukan kagagalan DAP untuk meyakinkan media dan masyarakat umumnya bahawa nasonalisme DAP yang bersifat kecinaaan lebih sesuai bagi rakyat negara ini.

Jika tidak masakan portal berita, blog dan sebagainya telah bagitu banyak beralih dari DAP dan turut serta bersama Utusan Malaysia mendedahkan DAP sebagai parti yang putar belit, bersekutu dengan rasuah dan penjenayah.


Orang Melayu agak rugi kerana tidak dapat mengetahui betapa rasisnya akhbar akhbar Cina di negara ini kerana mereka tidak dapat membaca bahasa Mandarin tetapi terjemahan dari akhbar akhbar Cina yang disiarkan oleh Utusan Malaysia sekarang ini telah dapat mendedahkan kepada masyarkat Melayu betapa tidak nasionalnya akhbar Cina di Malaysia.

Kebanyakannya akhbar Cina menyiarkan tulisan tulisan pembaca yang bersifat rasis , memburukan polis dan institusi kerajaan lainnya kerana dianggap sebagai institusi kuasa Melayu, memepejuangkan bahsa Cina supaya setaraf kedudukannya dengan bahasa Malaysia,menuntut pengikhtirafan kepada sekolah Cina dan sebagainya.

Usaha DAP dan juga PKR untuk mengelirukan pandangan masyarakat terhadap pendirian Utusan Malaysia yang mempertahankan hak hak yang termaktub dalam perlembagaan telah diputarbelitkan sebagai rasis oleh DAP malah penjenayah yang ditahan oleh polis pun dijadikan isu perkauman.

Oleh kerana Utusan tidak menjadi “pak turut” dalam aliran yang di kehendaki oleh DAP maka wartrawan wartawan Utusan Malaysia dan akhbarnya telah di sekat, di pulau, dihalau dan dihina di majlis majlis DAP. DAP adalah parti Cina maka apabila di halau wartawan akhbar Melayu,tidakkah ini bersifat rasis. Kenapa tidak dihalau wartawan dari akhbar Cina? Apakah kerana menyuarakan kepentingan sebangsa?.

Bagaimanapun tidak semua wartawan bersetuju dengan sikap rasis DAP terhadap Utusan. Para wartawan dan pertubuhan pertubuhan yang mewakili media di negara ini mulai nampak apakah yang akan terjadi kepada mereka jika DAP berkuasa disebalik retoriknya tentang demokrasi dan kebebasan.

Terdapat beberapa buah akhbar yang dipunyai oleh BN cuba untuk memprojekan diri mereka sebagai adil kepada pembangkang dan dengan itu mereka menjadi lebih kreatif untuk melakukan sesuatu yang menunjukan mereka adalah sejajar dengan perkembangan semasa untuk menyaingi media internet yang liar.

Sikap defeatis media ini telah memberikan kesan buruk kepada BN kerana para pengendali akhbar akhbar ini tidak lagi kreatif dalam usaha untuk menyokong parti yang mendukong mereka sebaliknya lebih kreatif dalam memberikan gambaran positf kepada pembangkang.

Keputusan Pilihanraya 2008 adalah hadiah yang diberikan oleh TV3, The Star , The Sun dan NST kepada BN . Bagaimanapun sekarang mereka mulai berubah. Maka itulah Joselin Tan dari The Star telah mendapat hadiah khas kewartawanan dari UMNO baru baru ini.

Jika akhbar akhbar BN menjadi coformist kepada pembangkang maka pembangkang tidak akan membacanya lagi kerana sama sahaja dengan nilai dan taraf akhbar nyamuk mereka tetapi sebaliknya jika akhbar BN terus mencabar mereka maka mereka baru merasa terancam.

Inilah yang dirasakan oleh Lim Guan Eng terhadap Utusan Malaysia kerana akhbar akhbar arus perdana pada keseluruhannya adalah lebih bertanggungjawab, menyiarkan berita benar kerana terkawal oleh tindakan undang undang, akta hasutan dan sebagainya yang menjaga hak individu , kepentingan ramai dan kepentingan negara.

Portal berita,blog dan akhbar tabloid yang menjadi suara parti pembangkang tidak mempunyai etika kewartawanan dan dikendalikan oleh mereak yang tidak pernah terlatih dalam dunia kewartawanan.Maka itu akhbar-akhbar perdana tetap berkredibiliti dan lebih diyakini

Maka itulah Utusan Malaysia telah mendapat pengikhtirafan dari Guan Eng sehingga beliau berasa perlu untuk menyeru orang ramai menjauhi Utusan kerana akhbar ini adalah akhbar Penjahat.

Utusan walaupun menjadi penjahat tetapi akan terus bersama dengan rakyat, tetap tidak akan lari dari negara ini, tetap akan bersama dengan DAP dan tidak jadi seperti Raja Petra kekasih DAP yang melarikan diri dari negara ini atau sedang bersembunuyi di bawah ketiak DAP.

MUNSYHI ABDULLAH.

Friday, December 11, 2009

Media Baru Penting Untuk Masa Depan Politik Dan Sivil

Media Baru Penting Untuk Masa Depan Politik Dan Sivil - Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau sentiasa mengatakan media baru memainkan peranan penting kepada masa depan politik dan sivil rakyat negara ini.

Perdana Menteri berkata medium itu penting bagi kebenaran didedahkan melalui laporan yang bertanggungjawab.

"Oleh sebab itu saya amat berminat bila mendapati ada satu Kod Etika Penulis Blog yang mungkin boleh diterima pakai oleh para penerbit," kata beliau dalam blognya www.1malaysia.com.my pada hari Khamis.

Disiarkan dalam laman berita internet, garis panduan untuk penulis blog itu didasarkan kepada kod etika Persatuan Wartawan Profesional yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Berikut adalah beberapa petikan bahawa penulis blog hendaklah:

- Jujur dan adil dalam mendapatkan, melapor dan menginterpretasi maklumat,

- Jangan sekali-sekali menciplak,

- Mengenalpasti dan membuat pautan pada sumber apabila sesuai dan boleh dilaksanakan,

- Jangan sekali-kali menyiarkan maklumat yang diketahui tidak tepat dan jika menyiarkan maklumat yang boleh dipersoalkan, pastikan dijelaskan akan keraguan tentang maklumat tersebut,

- Bezakan antara sokongan, komentar dan maklumat berdasarkan fakta,

- Mengakui akan kesilapan dan membetulkannya dengan segera,

- Perlihatkan cita rasa yang baik. Elakkan daripada memenuhi kehendak rasa ingin tahu yang mengerikan atau sensasi,

- Jelaskan setiap misi blog dan alu-alukan dialog dengan khalayak ramai tentang kandungan dan cara pengendaliannya oleh penulis blog,

- Mendedahkan pertentangan kepentingan, penggabungan, aktiviti dan agenda peribadi,

- Mematuhi standard yang tinggi yang sama seperti mana yang mereka harapkan daripada pihak lain.

Najib berkata beliau mendapati standard seperti itu amat penting ke arah membina satu dialog yang dihormati serta produktif dan akan berusaha untuk patuh kepada standard itu sedapat mungkin.

-- BERNAMA 10 Dis 2009

Monday, August 17, 2009

Pas dan UMNO: Siapa pendaulat Islam?

Pas adalah parti yang melaungkan slogan ke syurga. Inilah parti yang dulu pernah mengkafirkan UMNO kerana berbaik-baik dengan `orang kafir.' Sekarang ini jualah parti yang bukan sahaja berbaik dengan parti orang kafir bernama Democratic Action Party atau DAP, tapi sanggup ditempelak, dipijak dan dihina oleh rakan barunya itu.

(www.malaysiaaktif.com)

MAULANA ARRIF
17 Ogos 2009

Setelah begitu lama berada di atas takhta kuasa, UMNO mengakui ada kesilapan dan kelemahannya. Yang lebih penting ia sedia mendengar teguran dan kritikan, serta berusaha memperbaiki diri.

Tapi ada juga parti hampir seusia UMNO yang tidak pernah mengakui sebarang kesilapan atau kelemahan. Mengambil cakap pemimpin paling veterannya iaitu Nik Abdul Aziz, Pas seolah-olah tidak pernah melakukan kesilapan. Maksumnya!

Pas adalah parti yang melaungkan slogan ke syurga. Inilah parti yang dulu pernah mengkafirkan UMNO kerana berbaik-baik dengan `orang kafir.' Sekarang ini jualah parti yang bukan sahaja berbaik dengan parti orang kafir bernama Democratic Action Party atau DAP, tapi sanggup ditempelak, dipijak dan dihina oleh rakan barunya itu.

Anehnya Nik Aziz yang sudah dianggap maksum oleh ramai ahli Pas, sanggup mempertahankan DAP yang menyerang Islam.

Kata Nik Aziz, tidak mengapalah kerana mereka bukan Islam dan tidak memahami ajaran Islam.

Yang Nik Aziz marah sangat ialah ``orang Islam yang menolak hukum Islam.'' Tanpa perlu berfikir panjang, kita tahu celaannya itu dituju kepada UMNO yang menjadi musuh politik ketatnya semata-mata kerana menggunakan pendekatan yang berbeza dalam mendaulatkan Islam di Malaysia.

Tetapi sekarang apa bezanya pendekatan Pas dan UMNO? Jawapannya sangat berbeza.

UMNO sejak dulu bermuafakat dengan parti MCA dan MIC yang tidak pernah kita dengar secara terbuka menyerang Islam. Apa yang UMNO buat dalam mendaulatkan Islam di Malaysia tidak ditentang oleh MCA dan MIC. Jika kita senaraikan apa yang UMNO buat untuk mendaulatkan Islam di negara memang cukup banyak.

Melalui perlembagaan Islam dijadikan agama rasmi. Di setiap negeri ada Majlis Hal Ehwal Agama Islam, Jabatan Agama Islam, Baitulmal dan jawatan mufti serta kadi. UMNO juga memastikan masjid dibina di peringkat setiap negeri, daerah dan mukim. Dari segi muamalat, kerajaan pimpinan UMNO juga telah mewujudkan Tabung Haji dan perbankan Islam.

Bagi menilai apa yang telah UMNO lakukan, kita boleh bandingkan dengan lain-lain negeri yang penduduk majoritinya adalah Muslim. Tidak usah pergi jauh, tinjau sahajalah negara rakan yang paling hampir iaitu Indonesia, negara yang lebih 90 peratus penduduknya secara rasmi diwartakan bergama Islam. Adakah Indonesia mempunyai struktur pentabiran agama Islam dan kemudahan mumalat seperti yang ada di Malaysia? Jawabnya ialah tidak.

Kenapa Malaysia boleh melakukan banyak perkara yang akhirnya menjadi model kepada negara dan masyarakat Islam di lain-lain negara. Jawapannya ialah kerana Malaysia diperintah oleh Barisan Nasional yang ditunjuangi UMNO. Parti-parti bukan Islam yang menganggotai BN menghormati UMNO kerana cara ia mendaulatkan Islam tidak mengancam agama-agama lain dan penganut-penganut agama lain.

Hakikat ini akhirnya disedari oleh Pas. Para pemimpinnya seperti Nik Aziz dan Hadi Awang sedar bahawa parti mereka tidak akan ke mana-mana selagi mereka tidak bekerjasama dengan bukan Islam untuk berkongsi kuasa politik dan kuasa mentadbir negara.

Lalu mereka membentuk pakatan pembangkang bersama DAP dan PKR. Pada pilihan raya umum 2008, mereka berjaya membentuk kerajaan negeri Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Perak selain Kedah. Di Perak, Pas sanggup menjadi boneka kepada DAP setelah diberikan jawatan Menteri Besar buat seketika sebelum ditadbir semula oleh BN.

Di Kedah pula Pas yang mengetuai pentadbiran telah diugut oleh DAP berhubung isu pusat lapah babi. Di Pulau Pinang, wakil tunggal Pas dilayan seperti melukut di tepi gantang.

Di Selangor pula Pas telah diperlekeh berhubung isu kedai Seven Eleven menjual arak di kawasan majoriti Islam. Pas membantah termasuk mendesak kerajaan negeri memecat Ronnie Liu, anggota exco kerajaan negeri dari DAP yang mempertahankan penjualan arak di kawasan Islam. Tapi bantahan Pas tidak dilayan oleh Menteri Besar Khalid Ibrahim yang juga Naib Presiden PKR.

Sebaliknya Pas dan Islam diperlekeh olah beberapa orang pemimpin DAP. Apakah sikap dan reaksi Pas terhadap celaan daripada rakan-rakan mereka dalam pakatan pembangkang itu?

Kebanyakan pemimpin Pas nasional membisu apabila pemimpin Pas Selangor, Hassan Ali diperlekeh oleh kerajaan negeri Selangor yang juga diketuai oleh seorang Islam.

Hanya Nik Aziz yang kedengaran bersuara. Tapi suaranya bukan lagi suara seorang pejuang Islam.

Lebih kurang, kata Nik Aziz, tidak mengapalah mereka menghina Islam kerana mereka bukan orang Islam. Bunyi cakapnya adalah semacam dengan anjing bercawat ekor. Dalam bahasa Inggeris suara Nik Aziz adalah suara defeatist atau orang yang mengaku kalah.

Dengan UMNO bukan main berbisa mulut Nik Aziz, tapi dengan DAP yang memusuhi Islam beliau tunduk bagaikan seorang suami yang sudah termakan `nasi tangas' atau `nasi kangkang.'

Dan apa lebih atau kurangnya pemimpin-pemimpin Melayu dalam PKR seperti Anwar Ibrahim (menghadapi tuduhan meliwat) dan Khalid Ibrahim (mempertahan Ronnie dan membenarkan arak dijual di kawasan Islam di Selangor) sebagai orang Islam berbanding para pemimpin UMNO yang telah mendaulatkan Islam di Malaysia dengan pendekatan yang sederhana dan tidak mengancam penganut lain-lain agama.

Wahai orang-orang Melayu dan orang-orang Islam Malaysia, fikir-fikirkanlah dengan waras. Jangan mudah dibuai emosi dan dijolok oleh bisikan syaitan. Janganlah heret negara yang kita cintai ini ke kancah kebinasaan. - malaysiaaktif.com

Sunday, August 9, 2009

Anwar pengkhianat: Mari menari rentak Anwar

Anwar juga mengkhianati orang Melayu apabila dia mencemuh DEB yang suatu masa dulu menjadi slogan perjuangan politiknya. Tapi oleh kerana mahu mendapatkan sokongan bukan Melayu untuk PKR dan pakatan pembangkang, dia sanggup mengkhianati orang Melayu yang merupakan rakyat majoriti negara ini.


Petikan dari http://www.malaysiaaktif.com/


MAULANA ARRIF
9 Ogos 2009

Ayuh, mari kita menari rentak tarian politik Anwar Ibrahim.

Ya, bagaimana rentak tarian politik Anwar?

Tarian politik kegmarannya ialah demonstrasi. Ayuh kita ramai-ramai berdemonstrasi.

Di Padang Merdeka Batu Pahat akan diadakan demonstrasi terhadap Anwar, kata Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Adam Abdul Hamid. Tema demonstrasi itu ialah ``Anwar pengkhianat!''.

Bagaimana di lain-lain tempat? Janganlah UMNO sahaja yang jadi penganjur. Banyak NGO Melayu yang juga berhak menganjurkan demontrasi terhadap `pengkhianat orang Melayu' ini. Lagipun, bukan orang UMNO sahaja yang meluat dngan gelagat Anwar.

Orang-orang Pas juga ramai yang naik meluat dengan Anwar. Cuma mereka ini tidak meluahkan perasaan kerana Tok Guru Nik Aziz masih menyayangi Anwar. entah kenapa Nik Aziz sayangkan Anwar. Barangkali beliau sudah dipukau oleh Husam Musa, orang kanan politiknya yang sangat rapat dengan Anwar. Atau hati Tok Guru sudah kelabu kerana selalu sangat mencaci UMNO.

(Kata para aulia, kalau kita selalu mencaci orang lain, hati kita akan jadi kelabu.)

Kepada sesiapa yang rapat dengan Tok Guru, tolong nasihatkan beliau supaya berjumpa dengan Tun Mahathir yang boleh memberikan seribu fakta mengenai kenapa manusia yang bernama Anwar anak Ibrahim ini tidak boleh dipercayai. Dalam politik, Mahathir lebih mengenali Anwar daripada orang-orang lain di atas muka bumi ini.

Sayangnya Mahathir mengambil masa terlalu lama untuk mengenali Anwar. Ketika hampir hendak dijatuhkan oleh Anwar, barulah beliau sedar siapa Anwar. Anwar pengkhianat dan terus Mahathir membuangnya daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, kabinet dan UMNO.

Dalam bab lain mungkin ramai yang lebih tahu tentang Anwar, termasuk bekas pembantunya yang bernama Mohd Saiful.

Maka apa yang tidak betul apabila Muhyiddin Yassin melabelkan Anwar seorang pengkhianat? Dia pernah mengkhianati Mahathir.

Anwar juga mengkhianati orang Melayu apabila dia mencemuh DEB yang suatu masa dulu menjadi slogan perjuangan politiknya. Tapi oleh kerana mahu mendapatkan sokongan bukan Melayu untuk PKR dan pakatan pembangkang, dia sanggup mengkhianati orang Melayu yang merupakan rakyat majoriti negara ini.

Anwar juga menonjolkan dirinya sebagai bapa penentang kronisme. Tetapi semasa jadi Timbalan Perdana Menteri dan Mentri Kewangan dulu, dialah yang paling banyak memberikan projek kepada kroninya.

Jika anda masih ingat, pada satu Perhimpunan Agung UMNO (pada 1996 atau 1997), Mahathir telah mengluarkan satu senarai yang mengandungi nama-nama syarikat, kontraktor dan pengusaha bumiputera yang mendapat projek kerajaan. Pada masa itu Anwar sedang melancarkan kempen membunuh karakter Mahathir dengan niat untuk menjatuhkannya. Ketua Pemuda UMNO Malaysia ketika itu, Zahid Hamidi telah diperkudakan untuk melaungkan grakan antikronisme. Kononnya Mahathir bapa kronisme.

Rupa-rupannya gerakan tersebut memakan diri Anwar sendiri. Senarai kontraktor dan pengusaha yang mendapat projek kerajaan itu menunjukkan bahawa nama kroni Anwar yang paling ramai.

Barangkali dua bekas ketua pengarang akhbar berbahasa Melayu, Johan Jaffar (Utusan) dan Nazri Abdullah (Berita Harian) lebih tahu tentang sifat kronisme Anwar. Mereka ini dulu rapat dengan Anwar. Tanyalah mereka, jika mereka mahu bercerita.

Kesimpulan cerita, memang sahih lagi nyata bahawa Anwar anak Ibrahim adalah seorang pengkhianat sebagaimana kata Muhyiddin.

Menutup cerita, memang wajar UMNO Bahagian Pulai menganjurkan `demonstrasi Anwar pengkhianat.' Malah lebih wajar jika lebih banyak demonstrasi itu diadakan di seluruh negara. Biar boleh berjuta-juta orang Melayu yang sudah muak dengan gelagat khianat Anwar menyuarakan rasa meluat mereka. Berikanlah isyarat yang jelas kepada Anwar dan pengkhianat-pengkhianat Melayu di sekelilingnya.

Kepada semua pemblog yang meluat dengan Anwar, marilah kita canangkan kemepn demonstarasi `Anwar pengkhianat' scara besar-besaran. Biar Anwar merasai sendiri penangan rentak tari politik yang selalu didalanginya.

Jika Anwar hendak saman, janganlah saman Muhyiddin seorang. Kelak samanlah berjuta-juta orang orang Melayu. - malaysiaaktif.com